KULIT KERING MENURUT PERUBATAN

streamlinegrooming3-1
-azizizaidi.wordpress.com-

Anda mesti pernah mengalami situasi kulit yang kering bukan? Sebenarnya ia adalah fakta bahawa semua orang mempunyai bahagian pada kulitnya yang mengalami kekeringan. Adakah keadaan ini perlu dirisaukan? Untuk menjawab persoalan ini, ia bergantung kepada individu tersebut. Namun begitu kita perlu mengetahui apakah sebenarnya kulit kering ini melalui sains perubatan. Ada beberapa aspek perlu diambil berat di sini.

Kulit kering secara perubatannya dikenali sebagai “xeroderma”. Istilah xeroderma ini sebenarnya bermaksud kulit kering. Kulit kering adalah satu keadaan yang melibatkan “Inteaumentary System” pada badan. Ia memberi kesan kepada kulit iaitu organ terbesar pada tubuh manusia. Dalam kebanyakan kes, keadaan ini terjadi apabila tubuh anda telah kehilangan banyak minyak semula jadi yang sangat penting untuk kulit dan juga kelembapan pada kulit yang menyebabkan kulit anda kering. Memandangkan kulit dibina dalam beberapa lapisan, tindak balas kekeringan ini mungkin berbeza bergantung pada keadaan kulit.

Bagi kebanyakan orang yang mengalami keadaan kulit kering seperti ini, sudah mencukupi bagi mereka dengan menjaga kulit dengan baik dan menggunakan pelembab pada kulit sebagai rawatan. Cara ini akan menambahkan kelembapan pada kulit, menyebabkan badan anda akan merasa lebih baik kerana keperluan mereka untuk terus sihat ditunaikan. Untuk keadaan yang lebih serius yang mana kulit tersebut telah rosak dan memerlukan preskripsi ubat atau pelembap untuk merawat kulit itu secara menyeluruh.

Jika anda menderita xeroderma atau kulit kering anda akan mengalami simptom-simptom seperti ‘scalling’. Scalling ialah keadaan kulit yang menjadi bersisik. Hal ini terjadi kerana kulit anda telah kehilangan lapisan pertama pada luar kulit anda. Simptom yang lain adalah termasuk kegatalan pada kulit dan juga rekahan pada kulit. Rekahan kulit biasa terjadi pada bahagian tapak kaki.

Kulit kering adalah masalah yang biasa pada kebanyakan orang dalam kehidupan seharian. Penting untuk masalah kulit kering dirawat dan jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan kulit tersebut koyak dan meyebabkan kerosakan yang lebih teruk.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s