TIPS –TIPS PENYELESAIAN UNTUK KULIT KERING

cara-merawat-wajah-pria-agar-putih
-azizizaidi.wordpress.com-

TIPS –TIPS PENYELESAIAN UNTUK KULIT KERING: APAKAH ITU KULIT KERING? APA YANG MENYEBABKAN KULIT KERING? BAGAIMANA UNTUK MENGATASINYA?

 

Apa itu kulit kering?

Jika anda menderita dengan kulit yang kering, anda mesti tahu bagaimana rasa kegatalannya, lukanya dan rasa sakit pada kulit menyebabkan kulit anda berasa tidak selesa. Anda tahu semua yang berlaku pasti ada sebab tetapi tidak semua sebab itu boleh difahami. Kenapa anda mengalami kekeringan pada kulit anda? Apa yang terjadi pada kulit sebenarnya? Apabila anda sudah faham kenapa dan mengapa kulit menjadi kering, anda boleh belajar bagaimana untuk mengelaknya.

Apakah ia?

Untuk beberapa sebab, berkemungkinan punca kulit menjadi kering dan merekah kerana  kelembapan tidak berlaku pada kulit. Setiap manusia, badan mereka menghasilkan minyak yang berbeza-beza jumlahnya untuk mengekalkan kulit yang lembut dan lembap. Hal ini terjadi bagi mengekalkan kelembutan pada kulit tetapi lebih kepada mengelakkan kecederaan atau pengeringan. Antara faktor yang lain adalah kulit anda telah mengurangkan penghasilan minyak atau anda sendiri yang mencuci minyak- mencuci muka terlalu kerap untuk menghilangkan minyak menyebabkan kulit anda kekeringan, gatal dan rasa sakit yang amat pedih.

Ada beberapa cara menyebabkan perkara ini terjadi. Selalunya ia bermula bagaimana anda menjaga kulit anda. Terdedah kepada cuaca juga boleh menyebabkan kerosakan kepada kulit sendiri. Contohnya, pada musim sejuk, angin dan udara sejuk menjadi penyebab kekeringan kulit dan suhu yang rendah pula menyebabkan minyak semulajadi pada badan hilang serta- merta.

Jika udara di tempat tinggal anda kering, perkara ini juga boleh mengundang kepada masalah kekeringan kulit. Udara boleh menarik keluar kelembapan daripada kulit anda. Masalah ini selalu berlaku berpunca daripada kekerapan mandi menggunakan air panas. Selain itu, ia menyebabakan air minyak yang semulajadi yang mana membantu melembapkan kulit turut hilang. Perasan atau tidak, sebenarnya penggunaan air panas ketika mandi terutama pada waktu pagi memberi kesan yang buruk jauh lebih banyak berbanding kesan positif.

Semua situasi ini boleh dicegah. Kadang- kadang masalah kulit kering adalah penyebab utama kepada masalah kesihatan. Jika berlaku perkara tersebut, lebih penting anda meminta bantuan daripada pakar perubatan. Kebiasaannya, mereka akan menggalakkan penggunaan losyen tertentu atau mungkin menjaga kelembapan kulit adalah yang paling utama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s